
Anonymous
5 tahun
Merancang mengelakkan kehamilan
Bole Ka umur 40 tahun makan pil hormon cina sebagai perancang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memerlukan lebih info berkenaan pil hormon cina yang telah puan nyatakan.Untuk pengetahuan pihak puan, jika puan mahu merancang keluarga dan mengelakkan kehamilan sememangnya digalakkan untuk mengambil teknik merancang keluarga yang betul tanpa mengira umur. Kami mencadangkan puan mendapatkan pil dan cara merancang keluarga yang disahkan berkesan dan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya ialah
- pil perancang seperti pil Yasmin/ Noriday
- intrauterine device (IUD)
- suntikan depot
terdapat juga methd perancang keluarga lain yang lebih mudah didapati di farmasi seperti
- kondom
Untuk mencapai kesimpulan yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.