
Sulit
4 tahun
Merasa tidak selesa di bahagian ari ari dan kesakitan di bahagian belakang pinggang
sy wanita umur 35 tahun.pada tahun 2014 sy pernah menjalani operation uterine fibroid.dalam masa 2 bulan ni sy rasa tidak selesa bahagian ari ari,dan sakit di bahagian belakang pinggang.adakah itu tanda tanda fibroid muncul kembali?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan gejala/masalah yang dihadapi. Gejala sakit pada bahagian ari-ari dan pinggang beserta sejarah pembedahan masalah kesihatan fibroid pasti akan merisaukan anda jika ia kembali berulang lagi. Namun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti samada gejala-gejala berkaitan atau tidak berkait rapat dengan masalah fibroid anda. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur seksual wanita seperti fibroid, endometriosis, cyst
- Masalah pada usus
Buat masa ini, anda boleh mengurangkan aktiviti-aktiviti lasak seperti mengangkat barangan yang berat bagi mengurangkan sakit belakang yang anda hadapi. Selain itu, anda boleh mengambil ubat tahan sakit jika perlu. Anda boleh mengamalkan posisi yang betul semasa berjalan atau duduk bagi mengelakkan kesakitan yang melampau. Walaubagaimanapun, langkah ini hanya bersifat sementara. Jika masalah anda berlanjutan, anda mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut dan jika perlu anda akan dirujuk kepada doktor pakar. Oleh itu, Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.