
Sulit
4 tahun
Merasakan seperti Badan berangin selalu sendawa
saya lelaki berumur 34 tahun, baru-baru ini terasa badan seperti berangin , selalu sendawa atau terkentut malah kadan-kadang selepas makan terasa pedih didada atau boleh jadi termuntah jika makan dengan banyak. Sejak 2 tahun lalu,(selepas berkahwin dan mempunyai anak) saya dapati tekanan tinggi pada masa-masa tertentu lebih kerap berbanding dahulu. Berbalik pada angin badan tadi , ada ketikanya kahak/lendir dalam badan tiba-tiba meyumbatkan hidung dan dada menjadi sedikit sesak. Adakah ia kerana masalah jantung atau perkara lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah GERD (pedih ulu hati)
- Gastritis
- Pneumonia
- Sindrom Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.