
Sulit
4 tahun
Minat pada hubunggan seks berkurang
saya wanita berumur 35tahun,minat sy pada hubunggan seks sudah berkurang,sy mengambil pil perancang hmpir 3 tahun,bagaimana cara untk sy mengembalikan minat pada seks sekurang2 nya 3 kali seminggu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- stres
- kehamilan atau sedang menyusu
- kesan pengambilan ubat-ubatan
- kesan akibat menghidap penyakit (diabetes,darah tinggi)
- perubahan hormon
- masalah komunikasi dengan pasangan
Untuk mencari punca, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.