
Sulit
4 tahun
Miss v gatal gatal selepas habis haid
saya berumur 21 tahun dan saya mempunyai masalah miss v gatal gatal selepas tamat haid. saya juga perasan ada benjolan kecil pada pada dinding miss v, ia juga mengeluarkan keputihan likat. ia akan berlaku pada setiap bulan selepas tamat haid. ia mengganggu kehidupan seharian saya kerana sangat gatal. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kegatalan di bahagian alat sulit.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kegatalan yang berlaku di bahagian kemaluan bukanlah perkara yang tidak biasa tambahan apabila ia berlaku ketika atau selepas kitaran haid. Antara sebab berlakunya kegatalan ini adalah :
Iritasi daripada tuala wanita yang digunakan. Tuala wanita yang mempunyai bahan bahan tertentu boleh menyebabkan tindakbalas kepada kulit sekaligus menyebabkan gatal. Anda boleh mencuba untuk bertukar tuala wanita jenama yang berbeza atau tukar tuala wanita secara kerap apabila haid melanda.
Jangkitan Kulat pada alat sulit. Ketika kitaran haid berlaku, pH pada vagina akan berubah dan perubahan ini boleh menyebabkan jangkitan kulat lebih mudah berlaku.
Bacterial vaginosis atau jangkitan bakteria pada vagina boleh berlaku ketika perubahan hormon sepanjang haid melanda. Gejala lain yang akan dilihat adalah ketidakselesaan ketika membuang air kecil, bau yang busuk dan bendalir yang keluar selain darah haid.
Benjolan kecil yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh banyak perkara tetapi memerlukan pemeriksaan lanjut oleh Doktor. Antaranya :
- Kista (cyst) seperti kista Bartholin
- Jerawat
- Masalah bulu ingrown
- Abses atau nanah dari jangkitan
- Ketumbuhan vulva
Sekiranya masalah anda berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan Doktor bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang lebih tepat. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.