
seriadda
5 tahun
Missed period nak masuk sebulan lebih
Saya missed period nak masuk sebulan lebih tapi saya tak hamil . Boleh saya tahu kenapa ? Atau saya perlu menjumpai doktor untuk rawatan selanjutnya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid terjadi lebih dari 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari. Selain hamil, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sekiranya haid puan tidak datang sudah melebihi 38 hari, sebaiknya puan melakukan pemeriksaan kehamilan yang sederhana menggunakan urine pregnancy test dan seterusnya dapatkan konsultasi doktor. Tambahan pula, oleh kerana haid yang lewat mempunyai penyebab yang banyak, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih