
Sulit
4 tahun
Mohon penjelasan terperinci mengenai masalah kitaran haid yang normal dan tidak normal bagi perempuan yang belum berkahwin
Saya berumur 30tahun dan belum berkahwin. Utk pengetahuan Dr, setiap bulan haid saya datang on time. Tapi permasalah saya setiap kali haid tu, hari pertama tersgt sedikit. Just warna koko or perang . Kemudian hari kedua dan ketiga dia stop tanpa keluar sedikit pun darah. Tapi hari ke-4 baru datang haid macam biasa dengan sengugut. Persoalan saya, adakah keadaan itu normal bagi perempuan? Mohon Dr jelaskan. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Haid tersekat bukanlah gejala yang perlu terlalu dibimbangkan kerana gejala ini merupakan perkara yang kerap berlaku pada segolongan wanita.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kitaran haid anda seperti:
- Masalah nutrisi
- Stress
- Senaman yang berlebihan
- Kenaikan berat badan berlebihan
- Berat badan yang terlalu ringan
- Gaya pemakanan yang kurang sihat.
Untuk makluman anda, sengugut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis. Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.