
Sulit
4 tahun
Motilium, Domperidone
Selamat ke untuk consume ubat trsebut untuk tambahkan susu and pada masa yg sama ad consume ubat lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan tentang ubat motilium atau domperidone.
Untuk makluman anda, ubat motilium adalah digunakan bagi merawat :
- Loya dan muntah muntah
- Ketidakselesaan perut yang disebabkan oleh pergerakan proses pencernaan yang perlahan
Ubat ini tidak digunakan untuk meningkatkan jumlah susu dalam badan. Namun jumlah susu boleh meningkat akibat daripada kesan sampingan ubat ini. Saya menasihatkan anda untuk menimbang baik dan buruk ubat ini kerana kesan sampingan yang lain yang boleh berlaku adalah :
- Haid tidak teratur
- Payudara membengkak dan sakit
- Kekejangan otot
- Pengeluaran bendalir atau susu yang berlebihan dari payudara
Saya menasihatkan anda untuk berhubung dnegan doktor sebelum mengambil ubat tersebut secara sendiri. Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.