
Sulit
4 tahun
Msalah haid tidak teratur
salam, saya berumur 23 tahun dan belum berkahwin. saya ada masalah haid tak teratur star 3 tahu lalu. mula2 dia tak datang haid dua bulan sekali. pahtus 4 bulan sekali. bila saya datang bulan biasa dia lebih pada 15 hari.sekarang haid saya datang star awal bulan 4 hari tu dia tak berhenti selama satu bulan.pahtu pada 2 hari bulan 5 dia berhenti dan lepas dua haid saya datang balik tpi dia dalam masa 4 saja. lepas tu dia dtang lagi sampai la sekarang.saya pernah pergi jumpa doktor tpi tiap kali saya pergi.benda sama je selalu dktor tu cakap."haid awak jadi teratur sebab awak banyak berfikit dan disebabkan berat badan awak naik."dan doktor tu bagi ubat berhentikan darah.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.