
Sulit
2 tahun
Mual muntah dan cepat letih bila berkerja
Salam doktor … saya remaja usia 23 tahun saya dalam 24 jam kerap muntah loya loya buat kerja sikit sudah penat … buat kerja penat lepastu loya loya kenapa ya doktor ? Dan saya ada masalah pada perut asid berlebihan …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, asid berlebihan dari perut boleh menyebabkan asid refluks yang mana keadaan ini membawa kepada keadaan pesakit memuntahkan asid itu semula. Keadaan ini berlaku apabila otot esophagus yang bergabung dengan perut tidak tertutup sepenuhnya terutamanya selepas makan.
Punca kepada masalah ini adalah sperrti berikut:
- Pengambilan makanan seperti kafien, alcohol dan makanan berlemak
- Merokok
- Pengambilan ubat seperti (anti-cholinergic)
- Masalah saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.