
Sulit
4 tahun
Mual yang sangat teruk
Setiap pagi saya akan berasa mual,dan pening…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Sekiranya anda hamil, berkemungkinan kerana hormon hCG terlalu tinggi
- Keracunan makanan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, keterangan yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum dan maklumat lanjut mengenainya adalah diperlukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.