
Sulit
3 tahun
Muka berasa pedih dan tompok kering di leher
Hi, saya wanita berusia 20 tahun baru baru ini saya merasakan muka saya berasa pedih selepas saya mencuci muka setelah itu terdapat tompok kering di bahagian leher depan sudah hampir sebulan sebelum berlaku rasa pedih di muka saya, kulit muka saya di bahagian pipi mula mengulupas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera & terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Masalah kulit kering
- Tanda-tanda awal ruam
- Alahan terhadap produk kecantikan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis Seborrhoeic
- Jangkitan fungus
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- atau gangguan kulit kering yang lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Jauhi asap rokok dan perkara lain yang boleh menyebabkan iritasi kulit
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim atau losyen mosturizer juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit kering yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.