
Sulit
4 tahun
Muka gatal terasa sesuatu bergerak sehingga rasa gatal Dan merah kekal
Saya lelaki berumur 27 tahun.Saya Ada terasa gatal pada kulit muka seperti terasa sesuatu bergerak ke satu tempat sehingga terasa gatal Dan apabila menyentuh dengan jari untuk gosok ianya terus menjadi kulit kemerahan yg kekal seolah tidak mahu hilang kesan kemerahan it walau hanya disentuh lembut ianya trus Naik kemerahan melampau.
Jadi doktor,apakah Jenis ubat untuk kegatalan Dan kemerahan pada wajah ini ya?
Doktor,adakah daun lidah buaya dapat mematikan kuman/fungal pada muka Dan merawat atau memulihkan kulit muka yang rosak atau mati atau kemerahan akan hilang sekiranya Saya menggunakan daun lidah buaya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.