
Sulit
4 tahun
Mulut pahit lidah kebasssssss
Salam . Saya ada masalah lidah kebas dan terasa pahit. Saya ada mengambil pil perancang . Saya juga telah melakukan test kehamilan dan resultnya negatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- tanda & gejala dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, refluks asid/GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca dan rawatan bagi masalah anda, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/ hospital berdekatan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan rawatan yang sewajarnya. Terima kasih