
Sulit
4 tahun
Muntah 3 malam berturut turut, cirit birit sekali, tekak loya sangat
Hi doctor. Saya tak tahu saya sakit apa tapi saya muntah 3 malam berturut turut. Hari pertama muntah tu saya ada cirit birit. Saya tidak pasti sama ada saya keracunan makanan atau sebagainya. Harap doctor dapat membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu muntah, cirit birit dan loya. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Mabuk pergerakan-ini boleh berlaku ketika anda dalam kereta, keretapi, kapal terbang, bot dan sebagainya.
- Kesan sampingan beberapa jenis ubat-Ini termasuk ubat kemoterapi
- Rasa terlalu sakit sehingga mual
- Tekanan emosi
- Masalah hempedu
- Keracunan makanan
- Ulser perut
- Terlebih makan melebihi kemampuan
- Reaksi kepada sesetengah bau seperti bau busuk sampah
- Serangan jantung
- Konkusi atau kecederaan otak
- Ketumbuhan otak
- Kanser
- Bulimia atau masalah psikologi yang lain
- Gastroparesis
- Pengambilan toksin atau alkohol secara berlebihan
- Usus tersumbat
- Radang appendiks
Hindari muntah dari mengganggu aktiviti harian anda
Melihat punca-punca di atas, lebih maklumat tentang sejarah kesihatan anda harus ditanyakan untuk mengenal pasti punca gejala yang anda alami. Ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan ataupun yang akan baik dengan sendirinya. Berdasarkan keterangan anda yang menyatakan sudah muntah 3 hari berturut-turut, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik untuk penilaian lebih lanjut. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah muntah anda hari ini.