
Sulit
4 tahun
Muntah kerana apa
Saya perempuan berusia 17 tahun sebelum bulan puasa saya makan kupang tidak pernah berasa loya dan muntah serta tiada masalah lain tapi apabila saya makan kupang pada bulan puasa saya mesti akan rasa loya dan muntah saya mmg ada allergi makanan laut tapi tidak melibatkan loya dan muntah hanya sekadar tumbuh jerawat pada muka atau badan jadi saya musykil…boleh saya tahu kenapa doc?? Thankyouuu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Masalah penghadaman
- Radang apendiks (appendicitis)
- Radang pankreas (pancreatitis)
- Radang hempedu (cholecystitis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami muntah-muntah berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.