
Sulit
3 tahun
Muntah kerap selepas makan
HI Doctor.Ibu sy 50an mengalami strok dan kerap muntah slpas makan selama 3hari berturut turut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Berdasarkan kenyataan anda, secara umum, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Psikologi:
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Masalah pemakanan: Bulimia nervosa
- Stres atau tertekan
- Refluks asid atau GERD
- Radang pankreas ( pancreatitis )
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih