
Sulit
3 tahun
Muntah waktu period hari kedua
Saya wanita berumur 24 tahun dan masih belum berkahwin. Sejak tahun lepas, sewaktu datang bulan, pada hari kedua, saya akan mempunyai senggugut yang teruk dan saya akan muntah. Namun begitu, selepas saya muntah, senggugut tersebut akan hilang. Perlukah saya buat check-up di hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kesan perubahan hormon - seperti ketika ovulasi
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim di organ lain
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan