Sulit
6 tahun
Nafas menjadi pendek/Pening Kepala/Sakit Tengkuk
Nafas saya menjadi pendek setelah 2@3 hari balik daripada ujian fizikal PDRM pada 16 Mac 2020. Pening kepala dan sakit tengkuk pun terjadi selepas saya balik dari ujian fizikal…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Masalah sakit tengkuk pula boleh disebabkan oleh postur yang tidak baik atau ketegangan otot.
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































