
Sulit
4 tahun
Nafas pendek secara berkala
Hi doctor. Saya mengalami nafas pendek (on dan off) dalam seminggu ini. Dalam seminggu, dua hari saya mengalami nafas pendek selepas bangun tidur, dan saya merasa dada saya berat seperti mungkin mempunyai kahak yang pekat di dada. Tapi, kahak yang keluar hanya sedikit. Saya perlu menarik nafas secara dalam untuk merasa puas bernafas. Tetapi, saya tiada simptom demam, selesema, sakit tekak dan batuk. Beberapa kali saya juga mengalami nafas pendek pada waktu pagi dan petang. Ini adalah tidak normal pada saya. Apakah yang saya perlu lakukan untuk pulih kan semula pernafasan saya? Dan penyakit apakah ini? Thank you in advance, Doctor.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan terlebih dahulu sekiranya anda perkara ini berlarutan atau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Sakit dada
- Kebiruan pada jari-jari atau bibir
- Demam atau sakit kepala
- Keletihan sepanjang masa
- Penurunan berat badan yang drastik
- Pendek nafas sehingga menyebabkan aktiviti harian anda tergendala.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.