Sulit
3 tahun
Nafas yg tidak berapa nak lepas
sy wanita berumur 30thn,beberapa yg lalu sy ada mengalami rasa tidak sedap badan iaitu demam.pada hari pertama yg sy kena demam,malam nye sy dapat merasakan yg nafas sy tak berapa nak lepas macam rasa tersangkut.contoh nya lah kan,seorg individu bila dia menarik nafas melalui hidung dan lepaskan lalui mulut.tp sy pulak menarik dan melepaskan nafas melalui mulut yg sama,sbb nya bila sy nak menarik nafas melalui hidung sy rasa x selesa dan nafas tidak boleh hela dgn mudahnya…itu yg menjadi masalah sy sekarang.terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesukaran untuk bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- tekanan darah rendah
- gula yang rendah dalam darah
- sel darah merah rendah dalam darah
- Dehidrasi
- Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
- Masalah emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
- Alahan terhadap makanan, bulu haiwan
Anda mengalami kesukaran bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Kondisi anda juga boleh disebabkan oleh perkara lain. Justeru, untuk menetapkan sebarang kesimpulan, maklumat lanjut adalah amat diperlukan. Memandangkan kes COVID-19 negara ketika ini berada di kemuncak, anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau gejala yang anda alami. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda alami. Sekiranya gejala kesukaran bernafas yang anda alami semakin teruk dan berlarutan, anda amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.Terima kasih