
Sulit
5 tahun
Najis bercampur darah lendir ketul
Saya berumur 20an. Bila saya buang air besar, saya terkejut sebab najis bercampur darah…najis cirit bercampur darah lendir dan berketul seperti darah haid. Saya tak pasti sejak bila jadi mcm ni, cuma saya baru perasan hari ni…
Masa buang air tak ada rasa sakit, selepas buang aor perut rasa sgt tak selesa, pedih2 sikit, kepala sakit,.kali ketiga buang air hanya keluar lendir ketul darah sahaja tak beserta darah.
Pada pandangan doctor, apa yg patut saya buat dan apa sebenarnya penyakit ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah disertai lendir boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.