
Sulit
5 tahun
Najis berdarah- seperti darah beku
Saya wanita berumur 23 tahun, seorang yang suka akan makanan pedas, makan sayur dan minum air masak yang banyak. kalau membuang air besar kadang dalam seminggu 2 @ 3 kali sahaja. Setiap kali membuang mengambil masa yang lama dan sakit ketika meneran. seperti hirisan luka. dan berdarah seperti darah yang baru luka. saya ad pergi berjumpa dr. Dr telah masukkan alat seperti kanta dan beritahu usus saya luka sedikit. Setelah beberapa bulan ketika saya membuang darah keluar dengan banyak. Kali ini ia keluar seperti darah beku.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.