
Sulit
3 tahun
Nana Dan jerawat putih sekitar cincin zakar
Saya lelaki 20an…hi baru2 ini Saya perasan ade nana kehijaun berbau keluar Dari zakar Dan jerawat putih sekitar cincin zakar (kepala zakar)

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami keluaran cecair berwarna hijau yang berbau melalui zakar anda dan juga jerawat putih sekitar zakar. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada :
- urethritis (inflamasi pada uretra)
- penyakit kelamin
- balanitis (inflamasi pada kepala zakar)
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat dikenal pasti puncanya dan dirawat. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat mambantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.