Sulit
5 tahun
Nasihat Bercuti ke Pulau Pangkor
Salam kepada doktor,
Saya Ahmad Fitri dari Kajang, mahu mintak nasihat untuk bercuti dalam negeri sahaja.
Pada hujung bulan March ini, saya dan keluarga akan bercuti di Pulau Pangkor, dalam keadaan terkini penularan virus Covid-19 adakah risiko terlalu tggi untuk kami bercuti walaupun dalam negeri? spt contoh kes saya bercuti di Pulau Pangkor.
Terima kasih doktor.
5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada halangan ataupun sekatan perjalanan dalam Malaysia. Namun ada baiknya jika anda mengurangkan aktiviti luar yang melibatkan sentuhan dan berkumpul di khalayak ramai. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut COVID-19 di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anak anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
- Kenali gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































