
Sulit
2 tahun
Nipple terasa sakit bila disentuh
hi dr… saya wanita berusia 24 tahun dan sudah berkahwin… masalah saya ialah sejak 2 3 harini nipple saya terasa sakit bila disentuh atau tergesel semasa hendak memakai pakaian dalam… selain itu perut saya juga kadang² terasa cramp? adakah ini salah satu tanda pregnant?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Perubahan hormon ketika ovulasi atau sewaktu kehamilan
- Kecederaan di puting akibat bra tidak selesa
- Asid refluks (gastrik)
- Saluran susu tersumbat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.