Anonymous

6 tahun

Nyeri dihagian kiri testis di ikuti sperma mempunyai ketulan seperti gel

saya berumur 22 Tahun dan saya sering melakukan onani dalam beberapa tahun lalu tapi saya sudah berhenti melakukanya dalam tempoh setahun lebih dan beberapa bulan lalu saya melakukanya kembali dan testis sebelah kiri sy sering terasa nyeri dan lebih terasa setelah selesai melakukan onani. Saya juga perasan sperma saya mempunyai ketulan seperti gel dan bewarna kekuningan. Apakah ini merupakan masalah kesihatan yang serius? Dan apakah kemungkinan yang mungkin terjadi?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Sebenarnyawarna air mani yang kekuningan kadang-kadangnya adalah normal untuk sesetengah lelaki. Sekiranya warna air mani memang berwarna kekuningan sejak dari dahulu, tidak perlulah terlalu risau. Namun, sekiranya warna air mani mengalami perubahan warna yang penting, ia haruslah berhati-hati kerana mungkin gejala penyakit. Jika seseorang juga mengalami gejala seperti kulit kuning, demam, air mani busuk atau sakit semasa memancut , mereka hendaklah berjumpa doktor segera.

Punca-punca air mani berwarna kuning adalah:

  • Air kencing bercampur dalam air mani . Air mani dikeluarkan dari zakar lelaki melalui “urethra”, iaitu salur kencing. Kadangkala air kencing boleh tercampur bersama air mani, lalu mengakibatkan warna kekuningan.

  • Jaundis. Masalah jaundis berkait dengan masalah hati. Biasanya hati kita dapat membasmi bilirubin (sejenis produk sampingan kematian sel darah merah) dengan berkesan. Apabila hati mengalami masalah, bilirubin ini akan berkumpul dan menjadikan kulit dan mata berwarna kuning. Air mani juga boleh telribat.

  • Penyakit kelamin. Penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorrhea dan herpes boleh menyebabkan air mani berwarna kuning. Hal ini disebabkan keradangan dalam sistem reproduktif akan mengakibatkan sel darah putih meningkat dalam badan. Sel darah putih ini akan memberikan warna kuning kepada air mani. Di samping itu, air mani serta cecair pre-pemancutan (“pre-cum”) juga mungkin berbau busuk.

  • Perubahan diet. Pengambilan makanan yang mengandungi pewarna mungkin juga menyebabkan air mani berwarna kuning. Warna atau bau air mani juga boleh bertukar sekiranya individu tersebut memakan makanan yang mengandungi banyak sulfur seperti bawang putih, brokoli dan kacang-kacangan.

  • Jarang mengeluarkan air mani. Individu yang jarang onani atau menjalankan hubungan seks mempunyai kemungkinan tinggi air mani akan bercampur dengan air kencing.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi mendapatkan nasihat tentang perkara tersebut. Terima kasih.
warna%20air%20mani

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)