
Sulit
3 tahun
Ovulation test kit positive
Hai Dr.saya nak tanya berkenaan ovulation test kit.jika kita buat test selepas bersama dan result positive …adakah keputusan tu boleh dipakai?atau ovulation harus dilakukan sebelum bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian OPK ini berfungsi untuk memantau hormon yang mendorong ovulasi iaitu Lutenizing Hormone dimana kandungan hormon tersebut akan tinggi dalam badan ketika berovulasi.
Selalunya, untuk mendapatkan keputusan OPK yang betul, ujian tersebut harus negatif ketika sebelumnya ia menjadi positif. Sekiranya ia dalam keadaan yang sentiasa positif, ia boleh berpunca oleh beberapa sebab:
Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah yang anda hadapi, iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit pituitari (Ketumbuhan, keradanga etc.)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Menopaus
- Masalah kesuburan
Sekiranya keputusan OPK adalah positif, maka anda digalakkan untuk bersama pasangan pada hari yang sama dan beberapa hari selepasnya. Ketika ini peluang untuk hamil adalah tinggi peratusannya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor ataupun doktor pakar kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan