
Sulit
4 tahun
Panas dalam badan & mulut & sakit kepala
Saya wanita berusia 28 tahun… Sejak kebelakanggan nie saya berasa panas dalam badan, mulut & sakit kepala… Ade kah ini tanda² sintom convid atau sebab perubahan cuaca…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami faham kerisauan anda mengenai masalah yang anda alami terutama pada musim pandemik ini. Untuk makluman anda, keadaan anda mungkin berpunca daripada:
- Demam viral (viral fever)
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang faring dan laring (pharyngitis dan laryngitis)
- Jangkitan otak (meningitis); akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan di dalam ruangan soalan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat, puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berikut merupakan keterangan mengenai COVID-19:
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Kami sarankan anda memantau gejala anda pada masa ini dan menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh diberikan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini