
Sulit
2 tahun
Pangkal alat kelamin sengal dan tidak selesa
Hi doc… Saya ingin bertanya soalan… Pangkal kemaluan suami saya mengalami ketidakselesaan dan sengal untuk tempoh hampir 6minggu… Dan pada masa yang sama, tapak kaki berada sakit… Adakah ada perkaitan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti sejarah kesihatan suami anda serta sejarah kecederaan pada kemaluan atau jangkitan kulat/kuman.
Oleh itu, suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. suami anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.