Anonymous

5 tahun

Parut keloid akibat lecur

Saya mempunyai seorang anak lelaki yg berumur 7tahun sekarang ini…dia mempunyai parut keloid hampir 20% akibat lecur terkena air panas semasa umur dia 5tahun…seingat saya bulan 11, 2016…area yg terkena air panas itu sekitar bawah punggung hingga ke kaki kanan…dan sewaktu menerima rawatan di hospital kuching sarawak, anak saya telah menerima rawatan tampalan kulit di kulit yg terjejas teruk…namun srkarang bahagian yg di tampal kulit tersebut di dapati kulitnya timbul (keloid)…dan tahun lepas atas saranan doctor anak saya telah menerima beberapa suntikan pada tempat yg ada keloid tersebut di hospital yang sama…namun keadaannya masih sama…n 09hb 07 2019 ni iaitu hari selasa depan anak saya akan di masukkan ke hospital kuching sarawak untuk pembedahan di bahagian kaki anak saya yang mana di katakan doctor tersebut mereka ingin merawat bahagian kaki anak saya yang mana keloid yang tumbuh di kaki anak saya telah menarik isi n kulit di bahagian tersebut sehingga jari kaki anak saya seperti terjungkit sikit dari kaedaan asalnya…persoalan sy adalah :

  1. bolehkan pembedahan tersebut ditangguhkan sehingga beliau sudah besar sedikit jika bahagian tersebut masih boleh dibiarkan dulu tanpa pembedahan n tidak memberi kesan buruk kepada beliau ? Kerana sebagai ibu saya seperti risau akan emosi anak saya jikalau dia trauma sekali lagi memandangkan beliau masih kecil n jika boleh pembedahan tersebut di lakukan bila beliau sudah besar sedikit…
  2. Tidak adakah cara lain yang lebih berkesan untuk membuang keloid tersebut selain suntikan?
  3. Apakah rawatan terbaik untuk membuang keloid jika melalui pembedahan? Di mana dan kos rawatan tersebut?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Keloid lazimnya mempunyai komponen genetik bermakna anda lebih cenderung mempunyai keloid jika satu atau kedua-dua ibu bapa mempunyai keloid.

Keputusan untuk merawat keloid boleh menjadi rumit. Parut keloid adalah hasil daripada percubaan badan untuk memperbaiki keloid tersebut dengan sendiri. Setelah menyingkirkan keloid, tisu parut boleh tumbuh semula, dan kadang-kadang ia tumbuh kembali lebih besar dari sebelumnya.

Keloid yang akan menyebabkan kesusahan pergerakan yang besar adalah apabila melibat kawasan sendi. Justeru itu, pakar doktor ingin menjalankan pembedahan secepat mungkin,

Kaedah yang sedia ada untuk merawat keloid adalah seperti berikut:

  • Pembedahan : Ini berisiko kerana pemotongan keloid boleh mencetuskan pembentukan keloid yang serupa atau lebih besar. Sesetengah pakar bedah mencapai kejayaan dengan menyuntik steroid atau menggunakan mampatan ke tapak luka selama berbulan-bulan selepas memotong keloid. Rawatan radiasi selepas pembedahan juga didapati berguna.
  • Laser
  • Gel silikon atau “sheeting”
  • “Cryotherapy” : Pembekuan keloid dengan nitrogen cecair.
  • “Interferon” : Protein yang dihasilkan oleh sistem imun badan yang membantu melawan virus, bakteria, dan cabaran lain. Dalam kajian baru-baru ini, suntikan interferon telah menunjukkan untuk mengurangkan saiz keloid, walaupun ia masih belum pasti sama ada kesan itu akan kekal.
  • “Fluorouracil dan bleomycin” : Suntikan agen kemoterapi (anti-kanser) ini mungkin digabungkan bersama steroid.
    general

Untuk maklumat lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)