
Sulit
4 tahun
Payu dara tegang ketika period
adakah normal seorg wanita payu dara sebelah kanan menjadi tegang@bengkak susu seminggu sebelum period.bolh doc terangkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kebiasaannya perubahan ini dialami seawal seminggu sebelum kedatangan haid. Ini dipengaruhi paras hormon estrogen dan progesteron di dalam darah yang dihasilkan oleh kantung telur.
Paras ini berubah mengikut waktu dalam kitaran haid seseorang wanita. Payudara menjadi lebih ‘penuh’ atau tegang dan puting payudara pula menjadi sensitif terhadap sentuhan. Perkara ini normal, cuma kadangkala ada wanita yang mengalami gangguan kesakitan yang berlebihan. Keadaan ini tidak dialami semua wanita.
Bagaimanapun, bagi wanita yang mengalami keadaan ini, ia satu petanda pada kitaran haid wanita itu subur ovarinya iaitu berlakunya ovulasi.
Anda boleh membantu mengurangkan kesakitan dengan memakai pakaian dalam dengan saiz yang lebih besar pada hari berkenaan serta tidak memakai pakaian yang ketat. Elakkan berbaring meniarap dengan perut atau dada menyentuh lantai dan seumpamanya.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.