
Sulit
4 tahun
Payudara mengendur teruk
Saya ibu kepada 5 anak berumur 39 tahun.
Selepas cerai susu ank ke 5 mengalami payudara yg kecut mcm tak de isi.pakai bra cup A pun still kempis.hilang keyakinan sbgai seorang wanita .
Soalan:
Bolehkah sy mengambil pil hormon sepertu progynova 2mg UTK kembalikan aset saya
Sy tiada sbrg penyakit dan tidak ada alahan ubat

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Namun, penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Memandangkan keluhan yang anda berikan terkait dengan proses perubahan tubuh (khususnya payudara) yang sememangnya berbeza dari individu ke individu yang lain, justeru saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan (sekiranya didapati perlu) secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang kesihatan wanita.
Umumnya pengenduran payudara dapat berlaku apabila kelenjar-kelenjar payudara sudah mulai mengecil namun kulit pada lapisan luar payudara tidka melalui kadar perubahan ukuran yang sama.
Tambahan lagi, ubat tersebut merupakan sebahagian dari kaedah rawatan yang lazimnya diberikan pada gangguan hormon wanita. justeru itu kami amat menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan. Namun buat sementara waktu, anda boleh mengamalkan
- pemakaian supportive bra bagi menyokong sturktur payudara
- urutan payudara yang tidak terlalu agresif
- senaman-senaman ringan di rumah
- pemakanan yang sihat dan berkhasiat
- kedudukan postur tubuh yang baik dan ergonomik
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.