
lyli_adew93
5 tahun
Payudara terasa sakit
Sy brumur 27thn,sy seorang ibu yg myusukan bayi 7 bln.knpa payudara sy sbelah kiri terasa sakit dan keras bila di tekan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah payudara sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pembengkakan payudara akibat:
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia (noncyclical)
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.