
Sulit
4 tahun
Pcos, rambut gugur kronik ,muka berminyak , haid tidak teratur
saya wanita umur 22 tahun … saya mengalami masalah hais x teratur, rambut gugur yang amat kronik , muka berminyak .,dan badan selalu berasa lesu… pada bulan 4 tahun 2021 saya pergi pakar sakit puan , dia ade menerangkan tentang masalah PCOS … apakah yang perlu saya buat untuk pulihkan masalah ini … sebab tahun ini saya akan berkahwin …saya takut masalah mandol akan berlaku …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala-gejala seperti yang disebutkan:
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome atau PCOS)
- Masalah kelenjar tiroid, pituitari atau adrenal
- Penggunaan ubat seperti steroid
- Berat badan: Berat badan yang berlebihan dapat mengganggu kitaran haid
- Ketidakseimbangan hormon
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Walaupun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Sekiranya anda telah diberikan diagnosis oleh doktor, kami sarankan anda berbincang dengan doktor anda mengenai cara mengatasi atau merawat penyakit PCOS.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.