
Sulit
5 tahun
Pearly penille di tepi mulut dan kepala zakar
Keluar bonjolan
Saya nak tnya ada ubat yang boleh mengubatinya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pearly penile boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat alahan terhadap sabun atau pakaian dalam
- Kelainan kulit seperti skin tag
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Sebelum mengubati atau menyapu sebarang ubat, sebaiknya penyakit sebenar dikonfirmasi agar ubat yang benar dapat diberikan dan mengelakkan risiko yang tidak diingini. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.