Sulit
2 tahun
Pecah dara atau haid
Salam doktor, saya berumur 18 tahun dan sudah berkahwin. Pada malam pertama, cubaan melakukan sex tidak berjaya kerananya luka dh bahagian bawah saya mungkit akibat hentakan yg kasar. Jadi kami berhenti melakukannya. Seminggu kemudian, kami melakukkan semula sehingga saya dapat merasakan bahagian dalam saya ( seolah2 tgh pecah atau koyak smtg like that ) . Dan darah keluar keluar dengan sgt sgt banyak sehingga mengalir dgn laju. Saya telah membuat selidik dan ianya pecah darah. Katanya mungkin darah akan berhenti dalam 3 hari. Pada hari yg kedua selepas kejadian , darah tinggal setitis dua je. Akan tetapi pada hari yg ketiga ( ptg ) m darah kembali keluar dgn banyak seperti kejadian hritu . Adakah ianya normal ataupun tidak ? Pecah dara , darah selalunya berhenti ketika bila ? Ataupun pada hari tiga itu bermaksa saya period atau apa ? Sila jelaskan , terima kasih doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan seksual bersama suami anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan adalah normal semasa melakukan hubungan seksual untuk kali pertama. Ia disebabkan oleh keregangan selaput dara. Namun, pendarahan ini adalah seperti tompokan darah ataupun pendarahan spotting. Anda memaklumkan bahawa anda mengalami pendarahan selama 3 hari. Ia boleh disebabkan oleh kecederaan pada serviks anda ataupun pendarahan haid. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan doktor pakar sakit puan kami untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.