
peterhannan65
5 tahun
Pedih apabila kencing
Saya lelaki berumur 23 tahun. Harini ini apabila saya ingin kencing saya berasa pedih Dan sakit pada zakar, Dan terdapat tompokkan kuning pada underwear. Bila diurut zakar kelihatan seakan buih putih Yang keluar dari saluran kencing. Apakah masalah saya Dan cara mengatasinya. Bantulah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing yang pedih serta cairan kuning boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Memandangkan keluhan yang anda hadapi dapat disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan, anda digalakkan untuk langsung merujuk ke doktor. Hal ini kerana dikhuatiri jika dibiarkan jangkitan tersebut dapat merebak. Maka, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.