
Sulit
4 tahun
Pedih berdenyut kawasan kanan kiri perut dan rahim
sy ada pngalaman gugur. skrg sy hamil lg 9minggu. sy jrg brsama suami. tp stiap kali bsama suami sy lepas di dalam. sy jgk ada ambil ubat alergic… alahan mngandung. gatal2 kulit muka. skrg sy mngalami sakit2 sama mcm pnglaman lepas waktu nk gugur. adakah 2 sbb tu jd punca sy sakit mcm nk gugur lg? apa yg patut sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Hindari sakit perut daripada mengganggu aktiviti harian anda
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit bahagian bawah perut. Untuk makluman anda, gejala sakit bawah perut pada wanita adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- sindrom premenstruasi
- endometriosis
- kehamilan
- cyst ovari
- fibroid rahim
- kanser ovari
- kanser pangkal rahim
- kehamilan ektopik
- penyakit radang pelvis
Selain akibat masalah reproduktif wanita , sakit perut juga boleh berpunca daripada masalah saluran kencing dan saluran pencernaan atau usus.
Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala tambahan seperti:
- tidak upaya untuk kentut
- kemuntahan yang terlampau
- demam
- muntah darah
- najis berdarah
- discaj faraj yang tidak normal
- sakit perut yang semakin teruk
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih