
Anonymous
5 tahun
Pedih ketika kencing dan keluar nanah
Sy lelaki 34 thn… Masalah sy sakit ketika kencing, rasa pedih… Masalah berlaku
Berapa hari selepas hubungan sex… Alat sulit seperti kuar cairan nanah selepas 2 mggu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Risiko untuk penyakit kelamin meningkat apabila menjalankan aktiviti seks tanpa perlindungan, sering menukar pasangan seks dan tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut seperti sampel cecair adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.