
mariamaima3
5 tahun
Pedih ulu hati ketika awal kehamilan
hai doktor, sy skrg hamil 9minggu…sy alami pedih ulu hati sgt kerap…dlm stiap 1jam sy rasa lapar wlaupun sy xlalu nk mkn sy paksa jgk mkn dlm kuantiti sikit
…sy xlalu nk mkn wlapun sy da cuba. sy slalu pedih ulu hati bila sy xmkn dlm tiap sejam…ape yg perlu sy buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pedih ulu hati ini boleh disebabkan:
- Asid refluks (GERD)
- Penyakit Ulser Perut
- Keradangan hempedu
- Gejala awal kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.