
Sulit
4 tahun
Pedih ulu hati, perut tidak selesa, mual dan muntah semuanya kerap berlaku pada setiap waktu malam jika saya nak tidur
Sejak beberapa bulan lepas, saya sentiasa alami pedih ulu hati dan sakit perut berlebihan setiap waktu malam dan akibatnya saya takdapat baring tidur dan terpaksa duduk sehingga jam 5-6 pagi menunggu sakit itu hilang barulah saya dapat baring tidur. Sakit tu juga menyebabkan saya mual dan muntah sehingga mulut saya terasa pahit dan kerongkong saya terasa sangat pedih. Pada waktu siang, saya perasan terkadang kahak saya ialah darah berwarna gelap. Saya juga mengalami batuk dan selsema berpanjangan sejak beberapa minggu lepas. Saya pernah alami berat badan naik mendadak dalam tempoh beberapa bulan lepas dan berjaya turunkan berat badan kepada yang disarankan. Namun sakit itu tetap ada jika saya makan sesuatu selepas jam 6 ptg.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.