
Sulit
5 tahun
Peluh tapak tangan, tapak kaki dan seluruh badan
Saya berusia 20an, saya sedar saya mempunyai masalah hyperhidrolis kerana saya mempunyai masalah genetik dari kecil peluh berlebihan. Sejak kebelakangan ni, makin kerap berpeluh sehingga baju sy sentiasa basah. Sy perlukan rawatan paling berkesan untuk kurangkan masalah saya, sy tidak ada keyakinan untuk keluar dari bilik, saya berada dalam bilik beraircond masih berpeluh seperti bersukan. Sy sangat malu dgn keadaan sy kerana ramai sudah tegur kebasahan yang saya alami. Tolong senaraikan rawatan yang dapat sy ambil, sy lebih prefer ubat ubatan dripada cara lain, boleh listkan preskription ubat yg sy boleh ambil untuk kurangkan peluh? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, masalah hyperhidrosis boleh berpunca daripada:
- Pengaruh genetik - sejarah keluarga menjadi punca dalam 30% daripada kes tersebut.
- Hipertiroid
- Tekanan emosi seperti keresahan atau serangan panik
Diagnosis biasanya dilakukan berdasarkan sejarah medikal mengenai penyakit anda. Siasatan lanjut akan dipertimbangkan jika melibatkan kawasan yang lebih besar pada badan atau jika hiperhidrosis berlaku semasa tidur. Rawatan bergantung kepada betapa seriusnya keadaan hiperhidrosis.
1) Rawatan topikal seperti aluminium klorida hexahydrate (Driclor) boleh memberi kesan efektif terhadap sesetengah kes ringan atau sederhana.
Krim antikolinergik seperti glycopyrolate (0.5-3%) juga turut berkesan. Kesan sampingan jarang berlaku. Berapa kerap krim tersebut digunakan bergantung pada individu.
2) Iontophoresis
Ia boleh dipertimbangkan untuk kes-kes yang tidak respon terhadap rawatan topikal. Rawatan bergantung kepada individu. Kawasan yang terjejas akan direndam dalam air paip, air garam atau cecair glycopyrrolate. Kemudian arus elektrik pada tetapan rendah akan disalurkan pada permukaan kulit selama 10 hingga 20 minit.
Iontophoresis Glycopyrrolate mempunyai kadar kejayaan yang tinggi 80% daripada pesakit mempunyai tindak balas yang baik terhadap rawatan ini. Tempoh rawatan berbeza mengikut keadaan. Pesakit perlu menjalankan rawatan setiap 2 hingga 14 hari.
3) Suntikan toksin Botulinum jenis A (botox)
Suntikan Botox boleh merawat tangan berpeluh dengan selamat dan berkesan . Walau bagaimanapun, rawatan ini agak mahal dan kosnya mengehadkan penggunaan secara lebih meluas.
Kebanyakan rawatan dilakukan setelah saraf diberi bius. Rawatan ini biasanya berkesan selama 3 hingga 5 bulan. Kesan sampingan termasuklah kelemahan otot sementara.
4) Ubat-ubatan
Tablet antikolinergik (seperti oxybutynin dan propantheline bromide) boleh digunakan untuk merawat tangan berpeluh. Walau bagaimanapun, kesan sampingan seperti sembelit, mulut kering dan pening adalah perkara biasa.
Ubat lain yang boleh digunakan termasuklah glycopyrrolate oral, propranolol, clonazepam dan gabapentin.
Ubat menjadi pilihan untuk jangka masa pendek selama beberapa hari hingga minggu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.