
Sulit
3 tahun
Pemakaian minyak lintah bagi lelaki remaja dan dewasa
saya berumur 20 dan masih bujang, saya ingin bertanya, adakah saya boleh memakai minyak lintah untuk tujuan kesihatan pada alat sulit saya. saya berfikir jika ia boleh diamalkan sehingga saya berkahwin nanti
t.kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mencuba minyak lintah pada alat sulit. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, minyak lintah merupakan minyak yang diekstrak daripada lemak lintah, sejenis cacing yang hidup di perairan samada di kawasan berpaya mahupun sungai. Setakat ini tiada kajian keberkesanan mana-mana produk atau teknik untuk kesihatan atau ketumbesaran zakar. Perkara ini merangkumi juga produk seperti minyak belacak , gambir emas , minyak kelapa dara , minyak lintah tok wan , minyak lintah tapa dan banyak lagi.
Kami sarankan agar perkara ini dielakkan kerana ditakuti mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini seperti reaksi alahan. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.