
Sulit
3 tahun
Pembedahan melahirkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor…saya nak tanya…saya czer mum untuk anak yang pertama…sekarang 27minggu tepat…tempat czer alhamdulillah setakat ni tak de rasa sakit cumanya bile pakar/doktor scan anak guna alat scan tu ditempat scar tu rasa sedikit sakit/pedih…tapi bile turun dari katil tak de rasa sakit dah cume bile alat tu lalu dan doktor tekan baru rasa sakit…saya cume nak tahu, kalau macam tu, luka bahagian dalam atau luar yang tak sembuh lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit atau tidak pada kawasan pembedahan bergantung kepada sama ada ia telah sembuh ataupun tidak dan faktor-faktor yang mempengaruhi penyembuhan luka juga perlu diambil kira. Adalah normal untuk berasa sedikit sakit pada luka atau parut pembedahan tersebut buat sementara. Bagi luka pada organ dalaman pula, seperti rahim, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan