Sulit
6 tahun
Pembedahan membuang rahim
Adakah pilihan saya tepat untuk membuang rahim (tidak ovari) kerana setiap kali period darah banyak melimpah2 dan berketul2 sehingga saya terpaksa memakai pampers.Saya telah menjalani DnC pada mac 2020 tetapi masih mengalami masalah yang sama malah sakitnya semakin kuat dan badan bertambah lemah. Saya berusia 48 tahun dan mempunyai 6 orang anak yang mana 3 terakhir kelahiran secara pembedahan.Adakah hubungan intim akan menjadi hambar dan kulit menjadi cepat tua kerana membuang rahim?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Persoalan anda sukar dijawab kerana punca pendarahan banyak semasa haid tidak dijelaskan. Oleh keranan anda telah melakukan prosedur DnC, maka doktor telah menjelaskan punca haid berlebihan anda. Antara punca berlakunya darah haid yang banyak ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


























