Sulit
4 tahun
Penafasan tidak lancar dan pendek,degupan jantung kerap kali laju tanpa sebab dan sakit kepala berpanjangan dan mudah penat walaupun sedang berehat
Saya Wanita berumur 23tahun…1) Saya kerap terasa sakit dada belah kiri seperti dicucuk2… bile nk tarik nafas pun trasa sakit sangat2… 2) saya kerap mengalami sakit kepala berterusan semenjak tahun 2015 dan pernah diterajang dekat kepala dibahagian depan… Dan pula,tisu belakang saya koyak atas sebab kekerasan… apakah ia boleh membahayakan diri saya jika saya mengabaikannye? 3) Saya cepat penat dan lelah walaupun bru beberapa langkah brrjalan dan naik tngga tngkat satu pun saya dah tercunggap2… ? Boleh saya tahu apa penyakit yg ada pada saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi iaitu sakit dada kiri. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
- Penyakit keradangan pleura
- Penyakit perikarditis
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab bagi masalah sakit kepala yang kerap, antaranya ialah:
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi atau bagi mendapatkan info lanjut tentang masalah ini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang maslaah yang anda hadapi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi


































