
Sulit
3 tahun
Pendarahan di Miss V
Sy wanita berumur 17 tahun… Dan sejak semenjak ini kira kira baru 3 kali sy ada pendarahan di miss V walaupun telah habis period untuk bulan september dan oktober ini… Sebab sy sebelum ini sy try masukkan jari sy di miss v, dan pada masa itu juga berdarah tetapi tidak sakit… Bilangan darah tidak byk dan tidak juga sikit… Sy harap masalah ini tidak serious tapi sy curious dan ingin bertanya kepada doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami pendarahan selepas tamat haid anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan selepas tamat haid boleh disebabkan oleh :
- kecederaan pada faraj
- jangkitan kuman pada serviks atau faraj
- penyakit radang pelvik
- penggunaan perancangan keluarga terutamanya IUCD
- Polip atau fibroid
- Ketumbuhan pada serviks/faraj/rahim
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan