
Sulit
4 tahun
Pendarahan haid tanpa henti
Saya wanita yang berumur 25thun… Sudah berkahwin masalah saya ialah darah haid sy berbulan². berhenti pon 2 3 hari sahaja lepas tu darah lagii, sy ada cek masalah kesihatan sy, sy ada pcos … Tapi kalau ne sy pelik knp darah haid sy tak berhenti langsung dri bulan 6hb 2020 smpai sekarang darah sy masih tak berhenti … Tolong sy
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS, tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca sebenar masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!