
Sulit
4 tahun
Pendarahan haid yg agak teruk di sebabkan fibroid
salam doctor… saya umur 32tahun dan blom berkahwin dan mempunyai fibroid 7cm… setiap kali period darah sy teramat banyak walaupun saya sudah pun makan ubat reduce bleeding (tranexamic acid 250mg_ 4biji 3x sehari) tetapi ubat ini masih tidak berkesan… saya kerap sakit perut dan mengeluarkan ketulan serta darah yg agak banyak… macam mana ye doctor, saya hendak mengawal darah saya… selalu nya saya akan mengalami haid yg banyak selama 4 or 5 hari… ada solution lain tak untuk situasi sy ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, fibroid rahim adalah pertumbuhan jinak (bukan kanser) yang berkembang dari tisu otot rahim. Mereka juga dipanggil leiomyomas atau myomas. Saiz, bentuk, dan lokasi fibroid boleh berbeza-beza. Mereka mungkin berada di dalam rahim, di permukaan luarnya atau di dalam dindingnya, atau melekat pada dinding rahim seperti struktur batang. Seorang wanita mungkin hanya mempunyai satu fibroid atau banyak dengan saiz yang berbeza. Fibroid mungkin akan kekal sangat kecil untuk jangka masa yang panjang kemudian tiba-tiba berkembang pesat, atau berkembang perlahan selama beberapa tahun.
Disamping itu, makanan tidak dapat merawat atau mencegah penyakit ini, akan tetapi, diet harian dan gaya hidup anda mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan risiko perburukan dimasa hadapan. Amalkan diet boleh membantu mengimbangi hormon-hormon yang boleh mencetuskan pertumbuhan ini.
Antara alternatif rawatan fibroid ialah:
- ubat yang anda ambil
- pil hormon
- pembedahan jika saiz besar
Untuk mengetahui perawatan yang sesuai untuk puan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.